Tuesday 1 October 2013

BANTAHAN ISU BANJIR PUNCA PROJEK JAMBATAN TAK SIAP



Batu Caves : Lebih 200 penduduk sekitar Kampung Laksamana membuat bantahan terhadap projek yang dibuat oleh kerajaan persekutuan.

Setiausaha Jawatankuasa Ketua Kampung (JKKK) Kg. Laksamana M. Shafek Abd Aziz ketika ditemui di Jambatan Kampung Laksamana berkata, penduduk disini sudah tidak tahan dengan masalah banjir yang kerap berlaku apabila musim hujan lebat khususnya.

Dengan pembinaan projek yang tidak diketahui apakah perancangan projek yang hendak dibuat sering membuatkan penduduk rasa tertekan bukan kerosakan harta benda yang ditanggung tetapi masalah bau yang kurang enak akibat air perparitan juga sering naik.

Sepanjang projek ini dibuat pihak kontraktor Mainkon ROL, melalui subkon unggul bersama Sdn Bhd dan wakil daripada kerajaan persekutuan pernah membuat pertemuan dengan JKKK, Ketua kampung untuk membincangkan projek yang hendak dilaksanakan. Tetapi hanya mesyuarat sahaja tanpa membuat tindakan yang sewajarnya untuk atasi isu banjir.

Menurut Syafek demo bantahan ini diketuai oleh Mahmad Bin Ismail ketua Kampung Laksamana dan penduduk Kampung Laksamana yang terdiri berbagai bangsa dan parti politik.

Beliau menambah lagi, tujuan Demo bantahan ini diadakan adalah sebagai protes kepada pihak yang terlibat seperti Jabatan Saliran dan Perparitan (JPS), Kontraktor dan Kerajaan Persekutuan kerana membuat projek tanpa memikirkan risiko yang ditanggung oleh penduduk sehingga menelan kos kerugian yang besar, ujarnya.

Mahmad Bin Ismail mangsa banjir berkata, projek tersebut di buat pada tahun 2012 yang sepatutnya siap sepenuh pada bulan April 2013 telah tertangguh sebanyak empat kali iaitu bulan April, Jun, Julai dan akhir bulan Ogos tanpa sebarang alasan yang munasabah. Akhir pertemuan dengan kontraktor mereka menyatakan ingin tutup jalan ini bagi mudahkan projek tersebut tetapi malangnya tidak ada jalan penyelesaian terbaik. Sebaliknya penduduk banyak menanggung risiko banjir yang melibatkan puluhan ribu ketugian yang di tanggung.

Kami kerap berhubung dengan pihak Pemaju dan JPS untuk mendapat keterangan dan kerjasama tetapi amat mengecewakan apabila tiada sebarang kerjasama yang diberikan oleh pihak berwajib terutamanya JPS.

Kami mendesak agar JPS, Pemaju dan Kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan segera menyelesaikan isu penduduk disini dengan segera. Sampai bilakah penduduk harus menanggung risiko ini. Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga sedia maklum isu ini namun mereka tidak dapat membuat tindakan drastik, katanya.

Mansor Syed Dawood pula berkata, projek tersebut juga sehingga ke hari ini masih tidak menaikkan sebarang papan tanda dan menjadi tanda tanya semua penduduk. Sikap tidak bertangungjawab oleh kerajaan persekutuan yang banyak menabur janji kepada rakyat untuk selesaikan isu ini juga diselar oleh penduduk. Inilah Janji capati. Apabila musim pilihanraya macam-macam janji yang ditabur tetapi apabila kalah mereka tidak tunaikan janji kepada rakyat.

Justeru saya berharap masalah banjir besar ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak terbabit jika tidak kami akan membuat protes besar-besaran dalam masa terdekat ini menuntut semua ganti rugi yang menelan ratusan ribu ringgit, katanya.

Sementara itu, pihak pemaju subkon unggul bersama Sdn Bhd Mohd Azrul Akmal Jaafar pula berkata isu yang bebangkit jika mendapat kerjasama semua pihak tidak akan berlaku.

Kami sudah bincang banyak kali dengan Penghulu, Ketua Kampung agar jalan jambatan Kampung Laksamana di tutup dan membuka jalan lain seperti di Kampung Nakhoda, kampung Laksamana bagi kendenderaan ringan sahaja. Kami telah membina jambatan sementara untuk laluan kenderaan lain tetapi mendapat tentangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana akan memberi gangguan Kabel Elekterik dan sebagainya. Kos untuk membina Jambatan sementara bernilai RM60 Ribu tetapi malangnya tidak boleh digunakan kerana TNB tidak memberi kerjasama. MPS juga tidak setuju jambatan di tutup kerana mereka bimbang lalu lintas akan bertambah teruk. Dengan tidak mendapat kerjasama MPS, TNB maka agak sukar untuk kami atasi masalah ini. Ini adalah salah satu punca kerja-kerja pembinaan tergendala.

Namun insya-Allah selepas mesyuarat bersama ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari, MPS, Pejabat Tanah kami akan pastikan projek ini akan siap dalam masa tiga minggu dengan membuka jalan lain dan tutup laluan jambatan tersebut. Apa yang kami harap semua pihak berwajib dapat memberi kerjasama agar kerja-kerja pembinaan dapat diselesai dengan segera. Jika tidak penduduk akan berhadapan dengan masalah banjir, kata Azrul ketika dihubungi oleh pihak Media.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari pula berkata, masalah ini harus diselesaikan dengan segera dengan mendapat kerjasama semua pihak.

Pihak kontraktor janji akan selesai dalam masa tiga minggu jadi saya harap isu banjir ini akan selesai sebaiknya, kata Amiruddin.

Sunday 10 February 2013

CUCIAN AMAL

Belia Kampung Laksamana telah mengadakan Program Cucian Amal di Balai Penghulu Mukim Batu.